Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan
MAKLUMAT AM
Maklumat Program
Ia merupakan latihan kemahiran berdasarkan proses kerja sebenar. Terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang telah menamatkan dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia. Penawaran secara sepenuh masa. Pelajar akan menjalani Latihan Industri atau Program Externship - jika diperlukan oleh SKK yang memerlukan pendedahan industri atau penilaian oleh Panel Penilai Luar / Industri.
Apakah menariknya program ini?
-
Latihan berasaskan kepada proses kerja bertujuan untuk memasuki pasaran kerja dalam bidang berkaitan
-
Diiktiraf oleh badan-badan profesional dan agensi-agensi kerajaan
-
Berpeluang mendapatkan pelbagai kemahiran daripada modul-modul yang ditawarkan
-
Penilaian dilaksanakan oleh badan profesional dan agensi kerajaan
-
Berpeluang menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi bagi mereka yang layak
-
Program pembelajaran fleksibel yang sesuai untuk individu yang ingin mendapatkan kemahiran
Kursus Tawaran di bawah SKK (M)
- Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan
Syarat Kemasukan:
- Warganegara Malaysia
- Memiliki SPM atau setaraf
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
Tempoh Pengajian:
- 20 bulan
Tempoh Pengajian
Tempoh pengajian minimum 20 bulan. Perlaksanaan secara modular dan tempoh setiap modul adalah selama empat (4) bulan.
Bantuan Kewangan
Kementerian Pendidikan Tinggi telah memperuntukan bantuan kewangan bagi membantu pelajar-pelajar melanjutkan pelajaran ke Kolej Komuniti
A. Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK)
Para pelajar yang mempunyai ibu/bapa/penjaga berpendapatan RM5,249.00 dan ke bawah layak memohon (tidak tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah). Bantuan Kewangan ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat semasa.